"Bagaimana Overthinking Membunuh Keberanian Sebelum Langkah Pertama"
Ramai orang gagal bukan kerana tiada peluang, tetapi kerana terlalu lama berperang dengan fikiran yang sentiasa membayangi kegagalan dan terlalu mementingkan kesempurnaan.
Kalah Sebelum Perang membongkarkan bagaimana overthinking menjerat manusia, dari ketakutan masa lalu, tekanan sosial, hingga ilusi kesempurnaan yang menghancurkan potensi diri.
Buku ini membawa pembaca menyelami akar punca overthinking, kesannya terhadap kehidupan , serta strategi untuk keluar daripada kitaran minda yang melemahkan semangat.
Ini bukan sekadar buku motivasi. Ia adalah wake up call kepada semua untuk bangkit melihat kedalam diri, mengenalpasti perang yang tidak kelihatan dan belajar untuk menang sebelum terlambat.
ISBN: 978-629-94169-0-6
"Pesan Abang Agar Tidak Silap Di Persimpangan"
Warkah ini bukan sekadar buku, abang tulis warkah ini sebagai seorang yang pernah terkeliru, terjatuh, tersilap langkah, dan kini hanya ingin menyampaikan sebuah hasrat dari hati:
"Agar adik tidak mengulangi silap yang serupa"
Dalam dunia yang semakin bising dengan kekalutan di luar dan kebuntuan di dalam, warkah ini hadir sebagai panduan tenang buat adik-adik yang sedang mencari arah hidup, makna kejayaan, dan erti sebenar berdiri sendiri.
Bersulamkan nasihat dan pengalaman, terselit penyesalan serta peluang kedua. Warkah ini abang tulis bukan untuk mengajar, tetapi untuk menemani. Perjalanan abang sudah tidak dapat diundur, tetapi perjalanan adik masih jauh. Jangan dibiar tanpa hala tuju.
ISBN: 978-629-94169-1-3
"Keberanian Mengejar Impian Di Sebalik Tanggungjawab"
Setiap orang memiliki potensi untuk pergi lebih jauh namun sering kali komitmen hidup menjadi belenggu yang menahan langkah. Hutang, keluarga, pekerjaan dan rasa takut gagal menjadikan ramai manusia memilih untuk kekal berada di zon selesa, walaupun jiwa mereka tahu masih banyak ruang untuk terbang tinggi.
Komitmen Jerat Peluang mengajak pembaca melihat semula hidup dari sudut pandang keberanian. Ia menyingkap bagaimana tanggungjawab hakiki itu sebenarnya boleh diurus, bukannya dijadikan alasan.
Melalui 12 bab yang sarat dengan refleksi, buku ini menyeru pembaca mengenal semula potensi diri, memahami risiko dengan bijak, dan berani mengatur serta mengorak langkah meskipun tidak bermula dengan sempurna.